Bola sepak
Bola sepak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Bola sepak" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Bola sepak Amerika.
Penyerang (memakai baju merah) boleh menggelecek melepasi pertahanan
(berbaju putih). Kemudian dia boleh memilih sama ada untuk memberikan
satu tendangan ke arah gol; penjaga gol akan cuba untuk menghentikan
bola itu daripada memasuki gol
Dua orang pemain tengah merampas bola
|
|
Badan induk tertinggi | FIFA |
---|---|
Nama samaran | Bola |
Pertama dimainkan | Tengah abad ke-19 England |
Ciri-ciri | |
Contact | Bersentuh |
Ahli pasukan | 11 pada satu masa |
Jantina bercampur | Berasingan |
Kategori | Berpasukan, bola |
Bola | Bola sepak |
Olimpik | Ya, sejak 1900 |
Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih pasukan-pasukan berakhir seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap empat tahun sekali.
Komentar
Posting Komentar